Friday, August 3, 2018

BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG TERDAPAT DALAM DRAMA DAN FILEM MALAYSIA



SESI      : JUN2018
TAJUK  : BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT                      YANG TERDAPAT DALAM DRAMA DAN FILEM MALAYSIA
NAMA  : RAZMAN BIN DARWIS (02DEE16F1009)
              : AHMAD FARIS IZNI BIN NASARUDIN (02DEE16F1078)
NAMA PENSYARAH :PUAN RINA FAKHIZAN BINTI                                           MOHD SUKRI
KELAS: DEE5C

     Perbuatan syirik dan khurafat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat melayu diMalaysia. Perbuatan ini sebenarnya banyak terpengaruh dalam filem atau drama yang berada diMalaysia. Justeru itu kami ingin membuat satu kajian tentang syirik dan khurafat yang ada dalam filem atau drama diMalaysia yang boleh mempengaruhi masyarakat diMalaysia

     Sebelum kami memberi pendapat, kami ingin menerangkan tentang pengertian syirik dan khurafat.

Pengertian syirik:

Dari segi bahasa ialah menyekutukan manakala dari segi istilah ialah menyamakan sifat-sifat Allah dengan benda lain seperti berdoa kepada tuhan selain Allah.

Potongan ayat dari Al-Quran

1. Sebagai perbuatan dosa besar yang paling besar dan tidak dapat diampunkan oleh Allah swt. Dalam Al-Quran disebutkan yang ertinya:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.

2. Orang yang mensyirikkan Allah swt dinilai sebagai orang kafir, haram masuk syurga dan ditempatkan di neraka jahanam. Kutukan seperti ini sesuai dengan firman-Nya dalam Al-Quran Surah Al-Maidah ayat 72 yang ertinya:

Dan jikalau mereka mempersukutukan Tuhan, sungguh menjadi sia-sialah apa yang mereka lakukan.

Syirik adalah dosa yang paling besar

Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Mahukah kalian aku beritahukan tentang dosa yang paling besar? "Kami menjawab,Ya wahai Rasulullah!", baginda bersabda berbuat syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua orang tua.

Jenis-jenis syirik

i.syirik besar

-mempercayai adanya tuhan selain Allah
-takut kepada orang-orang yang telah mati,jin atau syaitan
-mentaati selain Allah dalam hal maksiat kepada Allah.

Surah At-Taubah 9:31
Ertinya:"Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan Al-Masih putera Maryam,padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa,tidak ada tuhan selain Dia Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan".

ii.SYIRIK KECIL

Syirik ini ini terbahagi kepada dua iaitu syirik zahir dimana dilakukan melalui perkataan,di mana kata-katanya itu syirik, tetapi tidak semestinya mengeluarkan pelakunya dari Islam.Syirik zahir dari perbuatan ialah dengan memakai tangkal untuk menjadikan dirinya kebal.Selain itu syirik tersembunyi lebih kepada niat/keinginan. Niat yang dimaksudkan adalah riyak (mahu dilihat oleh manusia) atau sum’ah (mahu orang mendengar tentangnya iaitu ingin jadi terkenal/popular)

Surah Al-Kahfi 18:110
Ertinya:"Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu,yang diwahyukan kepadaku:"bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa",barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.

Pengertian Khurafat:

- Khurafat secara bahasa berarti takhayul, dongeng atau legenda
- Dalam kamus munawir khurafat diertikan dengan: hal yang berkenaan dengan                     kepercayaan yang tidak masuk akal (batil)

Pengertian khurafat dalam Islam

Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam .

Berdasarkan pengertian di atas, khurâfat mencakup cerita dan perbuatan yang direka-reka dan bersifat dusta. Begitu juga dengan pemikiran yang direka-reka merupakan salah satu bentuk khurafat.

Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar."  Surah al-Nisa’, ayat 48

Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.

Firman Allah:

وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادهم رهقا

Maksudnya

Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6)

 Contohnya:

Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya.

Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.

Masih ada orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya.

Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut (nelayan).

HURAIAN ISI:

Daripada pergertian diatas isi yang dapat disimpulkan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara yang mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng(lagenda), karut dan menyimpang daripada ajaran Islam. Manakala syirik pula perbuatan yang menyukutukan Allah melalui perbuatan, lisan dan hati. Berbalik pada tajuk asal pendapat tentang amalan syirik dan khurafat dalam filem atau drama di Malaysia bahawa kami berpendapat tajuk tersebut mempunyai kebaikan dan keburukan. Kami akan memberitahu kebaikan terlebih dahulu, kebaikan pada tajuk tersebut ialah dengan adanya fliem atau drama tersebut ia dapat menginsafkan para penonton untuk melakukan sesuatu yang menyukutukan Allah. Selain itu, ia dapat menyampaikan mesej bahawa apa sahaja yang berlaku pada kita diatas muka bumi ini kita jangan meminta pertolongan selain Allah. Kemudian, keburukan filem-filem atau drama yang berunsur syirik dan khurafat ini boleh mendorong sesetengah penonton untuk melakukan syirik atau khurafat. Seterusnya jika seseorang itu sudah terjerumus dalam perbuata khurafat atau syirik ini mereka susah untuk kembali ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai Allah. Akhir sekali, berdasarkan filem dan drama khurafat atau syirik di Malaysia mempunyai banyak nasihat yang hendak disampaikan kepada rakyat Malaysia untuk menjauhi amalan-amalan tersebut. Sebelum kami akhiri huraiaan ini kami akan senaraikan filem dan drama syirik atau khurafat di Malaysia antaranya filem Syirik, Khurafat, Pengabdian Syaitan, Dukun dan banyak lagi.

Contoh gambar dan filem syirik/khurafat di Malaysia:

Seorang wanita bernama Lady yang merupakan keturunan ke-7 dalam keluarganya telah menjadi mangsa kepada perjanjian yang dibuat oleh nenek moyangnya dengan iblis, hanya kerana mereka mahu menjadi kaya-raya. Atas perjanjian itu, Lady yang sedang sarat hamil diburu oleh iblis yang mahukan anak yang dikandungkannya. Iblis itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah masuk ke dalam tubuh suaminya. Lady kemudian mendapatkan bantuan daripada rakan lamanya yang merupakan seorang ustaz.









Khurafat: Perjanjian Syaitan (atau Khurafat sahaja) ialah sebuah filem seram Malaysia 2011 arahan pemenang Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof yang ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 13 Januari 2011. Filem yang dibintangi oleh Syamsul sendiri, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali ini merupakan filem pertama arahan Syamsul bagi genre seram, yang mengangkat tema kekufuran masyarakat yang sanggup meminta bantuan selain dari Allah. Filem ini turut melahirkan sebuah siri TV, iaitu Khurafat The Series yang disiarkan pada 12 Julai 2011 di Astro Ria.

Munafik merupakan sebuah filem seram ghaib Malaysia 2016 arahan Syamsul Yusof dan menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali. Ia merupakan filem kesembilan arahan Syamsul dan filem seram keduanya selepas filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011). Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Februari 2016 di Malaysia dan pada 5 Oktober 2016 di Indonesia.









Dukun dikatakan berdasarkan kisah benar pembunuhan ahli politik Malaysia, Datuk Mazlan Idris, oleh seorang penyanyi popular pada 1993 yang juga pengamal ilmu hitam, Mona Fandey.

Filem yang sepatutnya ditayangkan pada Disember 2006 menampilkan Umie Aida sebagai Diana Dahlan, watak pembunuh utama membayangi watak Mona Fandey, Adlin Aman Ramlie sebagai Datuk Jefri, pelanggan Diana juga mangsa terakhirnya serta Faizal Hussein sebagai Karim, peguam Diana.











Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya.
Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.
Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.
Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.

Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KESIMPULAN:

Berdasarkan penerangan yang serba ringkas ini,dapatlah disimpulkan bahawa tindakan media mempopularisasikan alam mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya.Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat.Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar.Oleh yang demikian,pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara drastik. Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah.

RUMUSAN:


            Dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi , perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
            Oleh itu, Pengiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam mengarang skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dan percaya dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T dan ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk. Akhir kalam ,Semoga kita semua akan dilindungi Allah dari malapetaka dan kenistaan api neraka dan memperolehi amalan yang baik disisi Allah untuk dibawa ke akhirat kelak.

              Maka dengan itu, kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan dan perlu penekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. Selain itu, kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.

CADANGAN:

i) Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan.
ii) Menekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain.
iii) Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.

RUJUKAN:

1. https://khurafatdansyirikdalamfilem.wordpress.com/2017/08/03/first-blog-post/
2. http://amalansyirik.blogspot.com/2016/09/kesimpulan.html
3. http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/syirik_15.html
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Syirik
5.https://www.google.com/search?q=filem+seram+di+malaysia&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwipsMngp9HcAhUYU30KHbUUCXUQ_AUICygC&biw=1242&bih=542

Lampiran


No comments:

Post a Comment