SESI : JUN2018
TAJUK : BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG TERDAPAT DALAM DRAMA DAN FILEM MALAYSIA
NAMA : RAZMAN BIN DARWIS (02DEE16F1009)
: AHMAD FARIS IZNI BIN NASARUDIN (02DEE16F1078)
NAMA PENSYARAH :PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
KELAS: DEE5C
Perbuatan syirik dan khurafat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat melayu diMalaysia. Perbuatan ini sebenarnya banyak terpengaruh dalam filem atau drama yang berada diMalaysia. Justeru itu kami ingin membuat satu kajian tentang syirik dan khurafat yang ada dalam filem atau drama diMalaysia yang boleh mempengaruhi masyarakat diMalaysia
Sebelum kami memberi pendapat, kami ingin menerangkan tentang pengertian syirik dan khurafat.
Pengertian syirik:
Dari segi bahasa ialah menyekutukan manakala dari segi istilah ialah menyamakan sifat-sifat Allah dengan benda lain seperti berdoa kepada tuhan selain Allah.
Potongan ayat dari Al-Quran
1. Sebagai perbuatan dosa besar yang paling besar dan tidak dapat diampunkan oleh Allah swt. Dalam Al-Quran disebutkan yang ertinya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.
2. Orang yang mensyirikkan Allah swt dinilai sebagai orang kafir, haram masuk syurga dan ditempatkan di neraka jahanam. Kutukan seperti ini sesuai dengan firman-Nya dalam Al-Quran Surah Al-Maidah ayat 72 yang ertinya:
Dan jikalau mereka mempersukutukan Tuhan, sungguh menjadi sia-sialah apa yang mereka lakukan.
Syirik adalah dosa yang paling besar
Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Mahukah kalian
aku beritahukan tentang dosa yang paling besar? "Kami menjawab,Ya wahai
Rasulullah!", baginda bersabda berbuat syirik kepada Allah dan derhaka
kepada kedua orang tua.
Jenis-jenis syirik
i.syirik besar
-mempercayai adanya tuhan selain Allah
-takut kepada orang-orang yang telah mati,jin atau syaitan
-mentaati selain Allah dalam hal maksiat kepada Allah.
Surah At-Taubah 9:31
Ertinya:"Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan
rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan Al-Masih putera
Maryam,padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa,tidak ada tuhan
selain Dia Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan".
ii.SYIRIK KECIL
Syirik ini ini terbahagi kepada dua iaitu syirik zahir
dimana dilakukan melalui perkataan,di mana kata-katanya itu syirik, tetapi
tidak semestinya mengeluarkan pelakunya dari Islam.Syirik zahir dari perbuatan
ialah dengan memakai tangkal untuk menjadikan dirinya kebal.Selain itu syirik
tersembunyi lebih kepada niat/keinginan. Niat yang dimaksudkan adalah riyak
(mahu dilihat oleh manusia) atau sum’ah (mahu orang mendengar tentangnya iaitu
ingin jadi terkenal/popular)
Surah Al-Kahfi 18:110
Ertinya:"Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa
seperti kamu,yang diwahyukan kepadaku:"bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu
adalah Tuhan yang Esa",barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya
maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan
seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.
Pengertian Khurafat:
- Khurafat secara bahasa berarti takhayul, dongeng atau
legenda
- Dalam kamus munawir khurafat diertikan dengan: hal yang
berkenaan dengan
kepercayaan yang tidak masuk akal (batil)
Pengertian khurafat dalam Islam
Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan,
ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau
kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam .
Berdasarkan pengertian di atas, khurâfat mencakup cerita dan
perbuatan yang direka-reka dan bersifat dusta. Begitu juga dengan pemikiran
yang direka-reka merupakan salah satu bentuk khurafat.
Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada
rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat,
ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang
direka dan bersifat karut dan dusta.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak
akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga),
dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa
besar." Surah al-Nisa’, ayat 48
Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang
dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan
khurafat sebagai cerita yang karut marut.
Firman Allah:
وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من
الجن فزادهم رهقا
Maksudnya
Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia
meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu
menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6)
Contohnya:
Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau
batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek
tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya.
Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar,
adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial
seperti nombor empat.
Masih ada orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin
seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan
seumpamanya.
Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada
bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi
seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut (nelayan).
HURAIAN ISI:
Daripada pergertian diatas isi yang dapat disimpulkan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara yang mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng(lagenda), karut dan menyimpang daripada ajaran Islam. Manakala syirik pula perbuatan yang menyukutukan Allah melalui perbuatan, lisan dan hati. Berbalik pada tajuk asal pendapat tentang amalan syirik dan khurafat dalam filem atau drama di Malaysia bahawa kami berpendapat tajuk tersebut mempunyai kebaikan dan keburukan. Kami akan memberitahu kebaikan terlebih dahulu, kebaikan pada tajuk tersebut ialah dengan adanya fliem atau drama tersebut ia dapat menginsafkan para penonton untuk melakukan sesuatu yang menyukutukan Allah. Selain itu, ia dapat menyampaikan mesej bahawa apa sahaja yang berlaku pada kita diatas muka bumi ini kita jangan meminta pertolongan selain Allah. Kemudian, keburukan filem-filem atau drama yang berunsur syirik dan khurafat ini boleh mendorong sesetengah penonton untuk melakukan syirik atau khurafat. Seterusnya jika seseorang itu sudah terjerumus dalam perbuata khurafat atau syirik ini mereka susah untuk kembali ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai Allah. Akhir sekali, berdasarkan filem dan drama khurafat atau syirik di Malaysia mempunyai banyak nasihat yang hendak disampaikan kepada rakyat Malaysia untuk menjauhi amalan-amalan tersebut. Sebelum kami akhiri huraiaan ini kami akan senaraikan filem dan drama syirik atau khurafat di Malaysia antaranya filem Syirik, Khurafat, Pengabdian Syaitan, Dukun dan banyak lagi.
HURAIAN ISI:
Daripada pergertian diatas isi yang dapat disimpulkan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara yang mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng(lagenda), karut dan menyimpang daripada ajaran Islam. Manakala syirik pula perbuatan yang menyukutukan Allah melalui perbuatan, lisan dan hati. Berbalik pada tajuk asal pendapat tentang amalan syirik dan khurafat dalam filem atau drama di Malaysia bahawa kami berpendapat tajuk tersebut mempunyai kebaikan dan keburukan. Kami akan memberitahu kebaikan terlebih dahulu, kebaikan pada tajuk tersebut ialah dengan adanya fliem atau drama tersebut ia dapat menginsafkan para penonton untuk melakukan sesuatu yang menyukutukan Allah. Selain itu, ia dapat menyampaikan mesej bahawa apa sahaja yang berlaku pada kita diatas muka bumi ini kita jangan meminta pertolongan selain Allah. Kemudian, keburukan filem-filem atau drama yang berunsur syirik dan khurafat ini boleh mendorong sesetengah penonton untuk melakukan syirik atau khurafat. Seterusnya jika seseorang itu sudah terjerumus dalam perbuata khurafat atau syirik ini mereka susah untuk kembali ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai Allah. Akhir sekali, berdasarkan filem dan drama khurafat atau syirik di Malaysia mempunyai banyak nasihat yang hendak disampaikan kepada rakyat Malaysia untuk menjauhi amalan-amalan tersebut. Sebelum kami akhiri huraiaan ini kami akan senaraikan filem dan drama syirik atau khurafat di Malaysia antaranya filem Syirik, Khurafat, Pengabdian Syaitan, Dukun dan banyak lagi.
Contoh gambar dan filem syirik/khurafat di Malaysia:
Seorang wanita bernama Lady yang merupakan keturunan ke-7
dalam keluarganya telah menjadi mangsa kepada perjanjian yang dibuat oleh nenek
moyangnya dengan iblis, hanya kerana mereka mahu menjadi kaya-raya. Atas
perjanjian itu, Lady yang sedang sarat hamil diburu oleh iblis yang mahukan
anak yang dikandungkannya. Iblis itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah
masuk ke dalam tubuh suaminya. Lady kemudian mendapatkan bantuan daripada rakan
lamanya yang merupakan seorang ustaz.
Khurafat: Perjanjian Syaitan (atau Khurafat sahaja) ialah
sebuah filem seram Malaysia 2011 arahan pemenang Pengarah Terbaik FFM 23,
Syamsul Yusof yang ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 13 Januari 2011.
Filem yang dibintangi oleh Syamsul sendiri, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali ini
merupakan filem pertama arahan Syamsul bagi genre seram, yang mengangkat tema
kekufuran masyarakat yang sanggup meminta bantuan selain dari Allah. Filem
ini turut melahirkan sebuah siri TV, iaitu Khurafat The Series yang disiarkan
pada 12 Julai 2011 di Astro Ria.
Munafik merupakan sebuah filem seram ghaib Malaysia 2016
arahan Syamsul Yusof dan menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz,
Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali. Ia merupakan
filem kesembilan arahan Syamsul dan filem seram keduanya selepas filem
Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011). Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof),
seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya.
Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui
dirinya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Februari 2016 di
Malaysia dan pada 5 Oktober 2016 di Indonesia.
Dukun dikatakan berdasarkan kisah benar pembunuhan ahli
politik Malaysia, Datuk Mazlan Idris, oleh seorang penyanyi popular pada 1993
yang juga pengamal ilmu hitam, Mona Fandey.
Filem yang sepatutnya ditayangkan pada Disember 2006
menampilkan Umie Aida sebagai Diana Dahlan, watak pembunuh utama membayangi
watak Mona Fandey, Adlin Aman Ramlie sebagai Datuk Jefri, pelanggan Diana juga
mangsa terakhirnya serta Faizal Hussein sebagai Karim, peguam Diana.
Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah
mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo
di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli
banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik
berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya.
Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin
pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah
tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah
tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.
Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang
memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke
sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh
dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu
telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di
tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman
perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.
Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi
congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya
seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku
semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya
telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.
Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke
rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.
KESIMPULAN:
Berdasarkan penerangan yang serba ringkas ini,dapatlah
disimpulkan bahawa tindakan media mempopularisasikan alam mistik telah
melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan
menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya.Perkara ini jelas memberi kesan
negatif kepada masyarakat.Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan
mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar.Oleh
yang demikian,pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan
mengambil tindakan secara drastik. Kita sebagai orang muslim, janganlah
sesekali mensyirikkan Allah.
RUMUSAN:
RUMUSAN:
Dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi , perlu beringat
agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai
seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak
harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Kita sebagai orang muslim,
janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan
khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan
syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu
mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
Oleh itu,
Pengiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam mengarang skrip dalam
setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula
tidak seharusnya terlalu taksub dan percaya dengan hantu yang hanya rekaan
manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T
dan ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk. Akhir
kalam ,Semoga kita semua akan dilindungi Allah dari malapetaka dan kenistaan
api neraka dan memperolehi amalan yang baik disisi Allah untuk dibawa ke
akhirat kelak.
Maka
dengan itu, kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan
amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan dan perlu penekankan
tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program
di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. Selain itu, kerajaan perlu
menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik
yang semakin berleluasa di negara kita.
CADANGAN:
i) Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang
melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan.
ii) Menekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik
dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan
lain-lain.
iii) Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk
menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara
kita.
RUJUKAN:
1. https://khurafatdansyirikdalamfilem.wordpress.com/2017/08/03/first-blog-post/
2. http://amalansyirik.blogspot.com/2016/09/kesimpulan.html
3. http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/syirik_15.html
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Syirik
5.https://www.google.com/search?q=filem+seram+di+malaysia&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwipsMngp9HcAhUYU30KHbUUCXUQ_AUICygC&biw=1242&bih=542
Lampiran
Lampiran